Skip to main content
Set Lengkap Nasi Maharani Cap Bunga Rose 610gmSet Lengkap Nasi Maharani Cap Bunga Rose 610gm

Set Lengkap Nasi Maharani Cap Bunga Rose 610gm

RM75.00 MYR

SET LENGKAP NASI MAHARANI CAP BUNGA ROSE (610G)

Set Lengkap Nasi Maharani Cap Bunga Rose merupakan inovasi produk baharu yang menggabungkan keunikan rasa tradisional dengan kemudahan penyediaan moden. Didatangkan lengkap dengan beras dan pes masakan khas, set ini memudahkan proses memasak tanpa perlu penyediaan yang rumit. Hanya tambah beberapa bahan segar seperti cili, tomato dan pokok ketumbar, hidangan istimewa ini siap dimasak dengan rasa yang kaya, seimbang dan menyelerakan—sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

Bahan Telah Tersedia

• Beras 200g
• Pes Nasi Maharani
• Pes Lauk Maharani
• Kismis
• Pewarna

Bahan Yang Diperlukan

• 700ml air
• 20g cili hijau besar (dipotong)
• 20g cili merah besar (dipotong)
• 50g tomato (dipotong kiub)
• 20g pokok ketumbar beserta akar (dicincang)
• 300g daging/ayam

Cara Penyediaan Nasi

1. Rendam beras selama 30-40 minit. 
2. Masukkan ke dalam periuk beras yang telah direndam, 1 pek Pes Nasi Maharani Cap Bunga Rose, air, cili, hijau besar, cili mesar besar dan tomato. 
3. Kacau sebati dan hidupkan periuk. 
4. Apabila nasi hampir kering, taburkan pokok ketumbar, dan kismis. 
5. Gaul rata. Kemudian titiskan pewarna. 
6. Tutup periuk sehingga nasi masak. 
7. Sedia untuk dihidang

Cara Penyediaan Lauk

  1. Rebus daging/ayam sehingga empuk. 
  2. Campurkan daging/ayam bersama 1 pek Pes Lauk Maharani dan air.
  3. Apabila mendidih, kecilkan api dan kacau sekali-sekala.
  4. Masukkan pokok ketumbar yang telah dicincang, kemudian kacau rata.
  5. Tutup periuk dan padamkan api.
  6. Sedia untuk dihidang.

Maklumat Produk

• Berat Bersih: 610g
• Jangka Hayat: 1 tahun dari tarikh pengeluaran

Cadangan Penyimpanan

• Simpan di tempat yang kering dan sejuk
• Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari

Setiap suapan Nasi Maharani bagai ledakan rasa yang memeriahkan setiap deria, sebuah hidangan istimewa untuk dinikmati bersama.