Pengiktirafan GMP di Kilang K1 Rempah Cap Bunga Rose

22 Oktober 2025 - Syarikat Hassan Majid telah menerima Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice - GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Syarikat merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak KKM atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan. Dengan penganugerahan pensijilan ini, Syarikat Hassan Majid bertekad untuk terus meningkatkan mutu pengurusan, kualiti produk dan standard keselamatan makanan, seiring dengan visi syarikat untuk mengangkat jenama tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Pensijilan ini juga menjadi semangat besar buat seluruh warga kerja untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan memastikan jenama Cap Bunga Rose kekal menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia


