[ENGLISH]
RASA ASLI HANYA DENGAN BEBERAPA LANGKAH MUDAH
Nikmati rasa autentik Gulai Ayam Terengganu dilengkapi dengan rasa dan aroma istimewa Rempah Cap Bunga Rose dengan hanya beberapa langkah mudah menggunakan Pes Gulai Ayam Cap Bunga Rose!
Hidangan harian lebih mudah dengan pes masakan premium kami yang disediakan mengikut resipi istimewa keluarga yang telah dinikmati dari generasi ke generasi.
Dilengkapi aroma citarasa asli Pantai Timur, pes masakan asli yang diadun dengan teliti ini merupakan satu bahan memasak yang mesti ada di dapur setiap rumah. Ianya pasti menggamit memori dan meningkatkan selera anda seperti hidangan yang disediakan oleh mak-mak kita - inilah bahan rahsianya!
Pes Gulai Ayam Cap Bunga Rose menjadikan memasak hidangan kegemaran anda sangat mudah dan memerlukan dari hanya 3 bahan tambahan untuk menghasilkan hidangan yang sangat menyelerakan.
Tambah pes pada daging atau ayam, atau cuba dengan ikan, sayur-sayuran, atau makanan laut dan masakan anda boleh siap dalam hanya beberapa minit sahaja!
Di Cap Bunga Rose, kami komited untuk mendapatkan bahan-bahan yang paling segar dan berkualiti tinggi untuk produk-produk kami. Rempah Gulai Cap Bunga Rose dan Rempah Masak Cap Bunga Rose adalah antara dua bahan utama dalam pes gulai kami yang memberikan rasa dan aroma istimewa Rempah Cap Bunga Rose yang sangat dikenali ramai.
Hanya Yang Terbaik!
· Pes Masakan Gourmet | Rasa Autentik
· Bahan Semulajadi | Tanpa Perasa atau Pewarna Tiruan
· Tanpa MSG atau Belacan | Bebas Gluten dan Mesra Vegan
Bahan-Bahan Semulajadi Dan Berkualiti Tinggi Yang Terpilih
· LEBIH 15 BAHAN-BAHAN TERPILIH: Pes memasak kami mengandungi lebih 15 bahan-bahan segar terpilih termasuk Rempah Gulai dan Rempah Masak Cap Bunga Rose.
· BAHAN-BAHAN DENGAN KUALITI TERBAIK: Kami hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi terpilih dengan kualiti terbaik, dan memeriksa kualiti pada setiap langkah bagi memastikan setiap proses penyediaan pes menepati standard kualiti yang ditetapkan.
· KURANG PEDAS: Memberikan lebih kawalan megikut tahap kepedasan yang anda gemari dan boleh diselaraskan mengikut keperluan dengan menambah cili giling. Sesuai untuk kanak-kanak
· SESUAI UNTUK INDIVIDU YANG SIBUK: Hidangan anda boleh siap dalam hanya beberapa minit dengan penyediaan yang sangat ringkas!
· HALAL & TOYYIBAN: Produk kami disahkan HALAL dan mempunyai pensijilan MESTI dengan kebersihan yang terjamin. Pes kami juga tidak mengandungi MSG atau belacan.
· BAHAN ASAS PELBAGAI HIDANGAN: Pes ini boleh digunakan sebagai ‘ibu’ atau bahan asas untuk pelbagai hidangan selain daripada gulai ayam seperti kerutuk, rendang, mi kari, atau perapan.
Bungkusan Mengandungi: 48 pcs x 200gm Pes Gulai Ayam Cap Bunga Rose
Jenama: Cap Bunga Rose
Bentuk Item: Pes
Kiraan Unit: 9.6kg
Keistimewaan: Halal, MESTI, tanpa MSG dan belacan, vegan, bebas gluten
Jangka Hayat: 1 tahun, simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.
*Pertanyaan perdagangan dialu-alukan.