Langkau ke kandungan utama

Remaja Chef Challenge di SMK Padang Negara

Remaja Chef Challenge at SMK Padang Negara

16 Jun 2026, Selasa – Buat pertama kalinya, Rempah Cap Bunga Rose telah menganjurkan Program Remaja Chef Challenge di SMK Padang Negara, Kuala Terengganu. Program ini telah menghimpunkan 15 kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, mewakili kelab dan persatuan masing-masing.

Johan pertandingan telah dimenangi oleh wakil Persatuan Bahasa Inggeris, iaitu Muhammad Kahruddin Iqhwan bin Mohd Kahhayat dan Muhammad Kamarulzaqwan bin Abdullah.

Tempat Naib Johan pula telah dimenangi oleh Nur Amalin Qasrina binti Mohd Shahril dan Nurisya Qumaira binti Mohd Rahimie yang mewakili Kelab Pencinta Alam. Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Ahmad Aqeel Muqriz bin Ahmad Ismadi dan Nur Rafika Aunie binti Mohd Hadapi daripada Kelab Pertanian Bandar.

Kesemua peserta telah menunjukkan kemahiran memasak yang mengagumkan serta komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Mereka juga berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga ke saat akhir dengan penuh dedikasi dan semangat. Keberanian serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta sememangnya wajar diberikan pujian.

Program ini turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Surat Jalinan Kerjasama antara Pengarah Rempah Cap Bunga Rose, Encik Mohd Kamarul Ariff bin Hassan, dan Pengetua SMK Padang Negara, Tuan Zakaria bin Haji Jusoh. Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang bakal dijalinkan antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

 

Komen

Jadilah yang pertama mengulas.