Skip to main content

PASAR PAYANG DISERIKAN KEBERANGKATAN KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG

PASAR PAYANG DISERIKAN KEBERANGKATAN KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG

Kuala Terengganu, 13 Ogos 2025 — Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, telah berkenan mencemar duli ke Pusat Informasi dan Cenderamata Cap Bunga Rose sempena keberangkatan Baginda ke Pasar Payang pada 9 Ogos 2025 yang lalu.

Keberangkatan Baginda turut disertai oleh puterianda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali gus menyemarakkan lagi suasana dan memuliakan kunjungan tersebut.

Pihak Rempah Cap Bunga Rose amat bertuah menerima kunjungan diraja ini, dan lebih bermakna apabila Baginda berkenan membeli bagi mencuba sendiri rempah keluaran tempatan tersebut.

Menjunjung kasih atas keberangkatan Baginda berdua, satu detik bersejarah yang amat bermakna serta menjadi penyuntik semangat buat usaha niaga tempatan untuk terus maju dan dikenali.