[ENGLISH]
UBAH MASAKAN HARIAN ANDA MENJADI HIDANGAN ISTIMEWA YANG LUAR BIASA
Selami perjalanan dunia masakan berpandukan rasa dan aroma istimewa Rempah Masak Cap Bunga Rose yang mengubah setiap hidangan harian menjadi hidangan istimewa yang luar biasa.
Tahap masakan anda akan lebih meningkat dengan adunan Rempah Masak Cap Bunga Rose yang premium yang disediakan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi terpilih sahaja dan dipanggang sempurna dengan suhu tertentu.
Dengan aroma yang menarik dan rasa yang tersendiri, produk premium ini mesti ada di setiap dapur dan menjadi kegemaran ramai sejak 1968!
Ubah hidangan anda menjadi karya kulinari luar biasa dengan serbuk rempah serbaguna ini yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan tempatan juga antarabangsa.
Boleh digunakan sendiri atau dipadankan dengan mana-mana adunan rempah lain yang terdapat di pasaran, sedikit sahaja sudah cukup untuk membangkitkan selera dan aroma apa sahaja hidangan yang anda sediakan.
Apabila digunakan bersama Rempah Gulai Cap Bunga Rose, ianya pasti akan menggamit perasaan pengguna setia kami dengan aromanya yang tersendiri… “Tidak syak lagi, ni mesti masak guna Rempah Cap Bunga Rose!”
Di Cap Bunga Rose, kami komited untuk mendapatkan sumber rempah ratus yang paling segar dan berkualiti tinggi dari serata dunia. Rempah Cap Bunga Rose sentiasa dikisar daripada rempah ratus asli yang telah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu pada setiap masa.
Hanya Yang Terbaik!
· Adunan Rempah Ratus Gourmet | Rasa Autentik
· Bahan Semulajadi | Tanpa Perasa atau Pewarna Tiruan
· Tanpa MSG atau Garam | Bebas Gluten dan Mesra Vegan
Bahan-Bahan Semulajadi Dan Berkualiti Tinggi Yang Terpilih
· ADUNAN TRADISI 7 REMPAH RATUS: Adunan rempah kami adalah campuran 7 rempah ratus berbeza seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih.
· REMPAH RATUS DENGAN KUALITI TERBAIK: Kami hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi terpilih dengan kualiti terbaik, dan memeriksa kualiti pada setiap langkah bagi memastikan proses adunan, kisaran hingga pembungkusan menepati standard kualiti yang ditetapkan.
· TANPA MSG, GARAM, ATAU BAHAN TAMBAHAN SELAIN REMPAH: Memberikan lebih kawalan dalam pengambilan garam anda dan hanya menggunakan rempah asli tanpa sebarang bahan tambahan lain seperti tepung, beras, atau jagung yang boleh menjejaskan hasil masakan anda.
· SESUAI DICAMPUR ADUNAN REMPAH LAIN: Ianya sesuai dicampurkan dengan Rempah Gulai Cap Bunga Rose atau mana-mana adunan rempah lain yang tersedia di pasaran untuk membangkitkan lagi aroma dan rasa hidangan anda menjadi lebih istimewa.
· HALAL & TOYYIBAN: Produk kami disahkan HALAL dan mempunyai pensijilan MESTI dengan kebersihan yang terjamin. Semua bahan-bahan untuk produk Cap Bunga Bunga Rose sentiasa dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diproses.
· TERSEDIA DALAM 3 SAIZ: Rempah Masak Cap Bunga Rose boleh didapati dalam saiz 105gm, 25gm, dan 12gm.
Bungkusan Mengandungi: 20 pcs x 12gm Rempah Masak Cap Bunga Rose
Jenama: Cap Bunga Rose
Bentuk Item: Serbuk
Kiraan Unit: 240gm
Keistimewaan: Halal, MESTI, tanpa garam, vegan, bebas gluten
Jangka Hayat: 2 tahun apabila disimpan di tempat yang gelap dan dingin.
* Pertanyaan perdagangan dialu-alukan.