Skip to main content
[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm
[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm
[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm
[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm
[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm

[Carton] Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15gm

RM344.00 MYR
RM384.00 MYR

[ENGLISH]

CITARASA TRADISI ASLI YANG DIPERCAYAI SEJAK TURUN TEMURUN

 Umpama dibawa berada di pesisiran pantai Terengganu yang indah dengan rasa dan aroma yang sangat menggamit nostalgia, itulah Rempah Gulai Cap Bunga Rose - satu adunan rempah warisan tradisi asli turun temurun buatan Terengganu sejak 1968!

Sesiapa sahaja yang menggunakan Rempah Gulai Cap Bunga Rose pasti akan mengimbau kembali memori hidangan yang dimasak oleh ibu atau nenek mereka ketika kecil. 

Penuh dengan aroma citarasa Pantai Timur, campuran rempah ratus asli yang diadun dengan teliti ini merupakan  satu bahan memasak yang mesti ada di dapur chef-chef yang arif juga sesiapa sahaja yang gemar memasak.

Mari selami tradisi masakan Terengganu yang kaya dengan adunan Rempah Cap Bunga Rose yang premium dan diadun menggunakan menggunakan bahan-bahan berkuali tinggi yang terpilih sahaja.

Rempah serbaguna ini sesuai digunakan untuk menyediakan pelbagai masakan daripada hidangan tradisi  Melayu hingga menu kegemaran antarabangsa.

Rempah Gulai Cap Bunga Rose juga merupakan pilihan utama tukang masak dan chef professional untuk membuat Gulai Nasi Dagang Terengganu yang autentik! 

Tidak kisah sama ada anda menggunakannya untuk membuat gulai ikan, kerutuk ayam, atau rendang daging, adunan Rempah Cap Bunga Rose merupakan satu gabungan yang sempurna.

Ia meresapkan intipati masakan Melayu ke dalam hidangan anda, kerana rempah ratus premium ini akan membangkitkan lagi selera anda dengan citarasa dan aroma yang tersendiri. Gunakan bersama Rempah Masak Cap Bunga Rose untuk hidangan yang lebih luar biasa!

Di Cap Bunga Rose, kami komited untuk mendapatkan sumber rempah ratus yang paling segar dan berkualiti tinggi dari serata dunia. Rempah Cap Bunga Rose sentiasa dikisar daripada rempah ratus asli yang telah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu pada setiap masa.

Hanya Yang Terbaik!

·        Adunan Rempah Ratus Gourmet | Rasa Autentik

·        Bahan Semulajadi | Tanpa Perasa atau Pewarna Tiruan

·        Tanpa MSG atau Garam | Bebas Gluten dan Mesra Vegan

Bahan-Bahan Semulajadi Dan Berkualiti Tinggi Yang Terpilih

·        ADUNAN TRADISI 9 REMPAH RATUS: Adunan rempah kami adalah campuran 9 rempah ratus berbeza seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, cili kering, dan kunyit.

·        REMPAH RATUS DENGAN KUALITI TERBAIK: Kami hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi terpilih dengan kualiti terbaik, dan memeriksa kualiti pada setiap langkah bagi memastikan proses adunan, kisaran hingga pembungkusan menepati standard kualiti yang ditetapkan.

·        TANPA MSG, GARAM, ATAU BAHAN TAMBAHAN SELAIN REMPAH: Memberikan lebih kawalan dalam pengambilan garam anda dan hanya menggunakan rempah asli tanpa sebarang bahan tambahan lain seperti tepung, beras, atau jagung yang boleh menjejaskan hasil masakan anda.

·        SESUAI UNTUK KUAH ATAU PERAPAN: Sama ada anda ingin menyediakan gulai ayam di rumah atau memerap daging untuk dibakar, adunan rempah ini sesuai untuk kedua-dua cara, memberikan anda rasa dan aroma asli dalam setiap suapan.

·        HALAL & TOYYIBAN: Produk kami disahkan HALAL dan mempunyai pensijilan MESTI dengan kebersihan yang terjamin. Semua bahan-bahan untuk produk Cap Bunga Bunga Rose sentiasa dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diproses.

·        TERSEDIA DALAM 3 SAIZ:  Rempah Gulai Cap Bunga Rose boleh didapati dalam  saiz 205gm, 35gm, dan 15gm.

Bungkusan Mengandungi: 480 pcs x 15gm Rempah Gulai Cap Bunga Rose

Jenama: Cap Bunga Rose

Bentuk Item: Serbuk

Kiraan Unit: 7.2kg

Keistimewaan: Halal, MESTI, tanpa garam, vegan, bebas gluten

Jangka Hayat: 2 tahun apabila disimpan di tempat yang gelap dan dingin.

* Pertanyaan perdagangan dialu-alukan.