[ENGLISH]
WANGI, BERKACANG, DAN BERKHASIAT. KUIH LEBIH SEDAP DAN PEMAKANAN SIHAT LEBIH MUDAH
Baunya sangat wangi berkacang, teksturnya halus sekali seperti bedak, dengan rasanya sedikit manis asli rasa kacang hijau berkualiti tinggi yang begitu kaya dengan khasiat – inilah Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose!
Bukan sahaja digemari oleh pembuat kuih muih tradisi untuk membuat koleh kacang, menganang, kuih bulan, batang buruk dan banyak lagi kerana rasa dan teksturnya yang sangat premium, bahkan Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose juga menjadikan pemakanan sihat lebih mudah.
Ianya boleh dicampurkan ke dalam ‘smoothie’ sebagai salah satu sumber protein yang sangat tinggi dan juga boleh digunakan sebagai bahan dalam pencuci mulut yang rendah gula kerana mempunyi rasa manis yang asli.
Anda pasti akan memperolehi tekstur halus dan lembut serta aroma yang begitu wangi bagi setiap hidangan yang disediakan menggunakan Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose.
Di Cap Bunga Rose, kami komited untuk mendapatkan sumber kacang hijau terpilih yang berkualiti tinggi dari serata dunia. Semua kacang hijau dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipanggang sempurna, Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose pasti tiada tandingan. Cubalah!
Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose merupakan tepung halus yang dibuat daripada kacang hijau premium sesuai untuk membuat kuih muih tradisi seperti kuih bulan dan koleh kacang, snek berasaskan kacang, roti, ditambah dalam ‘smoothie’, atau digunakan sebagai pemekat kuah.
Hanya Yang Terbaik!
· Adunan Tulen | Tekstur Halus
· Bahan Semulajadi | Tanpa Perasa atau Pewarna Tiruan
· Tanpa Bahan Tambahan | Bebas Gluten dan Mesra Vegan
Bahan-Bahan Semulajadi Dan Berkualiti Tinggi Yang Terpilih
· 100% KACANG HIJAU: Serbuk kacang hijau kami diperbuat daripada 100% kacang hijau – tiada bahan isian lain seperti tepung atau beras!
· BAHAN DENGAN KUALITI TERBAIK: Kami hanya menggunakan kacang hijau terpilih dengan kualiti terbaik, dan memeriksa kualiti pada setiap langkah bagi memastikan setiap proses penyediaan serbuk kacang hijau menepati standard kualiti yang ditetapkan.
· SESUAI UNTUK MEMBUAT KUIH DAN MEMASAK: Tekstur serbuk kacang hijau kami yang sangat halus sesuai untuk membuat kuih-muih tradisional, roti, atau digunakan sebagai pemekat kuah (‘roux’) atau boleh jugak dicampur ke dalam ‘smoothie’.
· KHASIAT TINGGI: Kacang hijau merupakan salah satu sumber protein dari tumbuhan yang terbaik. Ia juga bebas gluten dan sesuai untuk vegan.
Bungkusan Mengandungi: 400gm Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose
Jenama: Cap Bunga Rose
Bentuk Item: Serbuk
Kiraan Unit: 400gm
Keistimewaan: Halal, MESTI, tanpa garam, vegan, bebas gluten
Jangka Hayat: 2 tahun apabila disimpan di tempat yang gelap dan dingin.
*Pertanyaan perdagangan dialu-alukan.